Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA 2009


Assalamualaikum.


Kami saf kepimpinan dan AJK Masjid Umariah (Lama) termasuk ahli qariah Jalan Masjid, Perepat Dalam dan Taman Sg. Kapar Indah, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam di di Malaysia dan seluruh dunia umumnya. Semoga pengorbanan yang kita lakukan di dalam hidup ini, diterima oleh Allah.


Selamat Berkorban.

Tuesday, October 13, 2009

PEMBAIKPULIHAN BUMBUNG MASJID

Assalamualaikum,

Saya selaku Nazir Masjid Umariah (Lama) Kg. Perepat, merayu kepada mana-mana pihak yang berkenaan untuk memberikan sumbangan bagi membaikpulih struktur bumbung masjid yang rosak dan bocor. Kebocoran ini telah menyebabkan limpahan air masuk ke dalam masjid apabila hujan. Akibatnya, kawasan yg bocor ini terpaksa di tadah dengan timba bagi mengelakkan kerosakan kepada banjir di dalam masjid. Ini menyebabkan karpet dan sejadah rosak selain menimbulkan ketidakselesaan kepada jemaah di dalam masjid. Selain dari itu, fenomena ini juga menyebabkan kerosakan kepada struktur kekuda bumbung yang dibuat dari kayu.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada mana-mana institusi mahupun individu yang budiman, menghulurkan sumbangan bagi menyelesaikan masalah ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya (012-6868158) atau menyumbang terus kepada akaun masjid CIMB (1222 000 7132 05 7)


Semoga Allah memberikan pertolongan dan petunjuk kepada kita semua.

Wassalam.

Mohd Miftahuddin Bin Abdullah

Sunday, September 13, 2009

SOLAT AIDIL FITRI

Solat Aidil Fitri akan didirikan seperti biasa di masjid ini secara berjamaah pada Hari Raya pertama jam 8:30 pagi. Sekelian jemaah qariah Jalan Masjid khususnya dan Kampung Perepat umumnya diharap dapat datang awal bagi mengelakkan kesesakan, selain bertakbir beramai-ramai lebih awal.

Saya bagi pihak Nazir dan saf Jawatankuasa Masjid Umariah (Lama), mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sekelian jemaah di sini dan di seluruh dunia umumnya. Bersempena dengan kehadhiran Shawal yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan zahir bathin sesama kita, dari dunia sampai akhirat.

Sekian Assalamualaikum warahmatullah.

b/p : Nazir Masjid Umariah (Lama) Kampung Perepat

** Sarapan pagi disediakan di masjid


webmaster

BAYARAN ZAKAT FITRAH

Bayaran zakat fitrah Negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun ini telah ditetapkan sebanyak RM7.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh sahaja) . Pembayaran boleh dibuat kepada Tuan Imam Haji Razali Bin Roslan selepas solat Tarawikh. Bayaran juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan menghubungi beliau di mobile 019-3347906.

Harap Maklum


webmaster